Tuesday, March 3, 2015

Alam Sekitar Di Malaysia

MAKSUD ALAM SEKITAR 


ALAM bermaksud dunia, bumi atau segala yang terdapat di langit dan di bumi
SEKITAR bermaksud di tempat atau di sekeliling

Perkataan “alam sekitar” atau dalam bahasa Inggeris disebut “invironment” membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca. (Mohd Zuhdi Marsuku, 2002)

Terdapat satu lagi definsi alam sekitar. Namun ia lebih kepada kefahaman “environmentalisme“. Dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah geografi tentang doktrin falsafah yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkait dengan aktiviti manusia. (A. Bullock & O.Stallybrass, 1997)

PUNCA BERLAKUNYA PENCEMARAN ALAM SEKITAR 

 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mengandungi peruntukan yang bertujuan mencegah , menghapus , mengawal pencemaran serta memperbaiki kualiti alam sekeliling dari aspek yang sering dikaitkan dengan alam sekitar iaitu pencemaran yang membawa kepada maksud apa-apa perubahan secara lansung dan tidak lansung terhadap sifat-sifat fizikal , haba dan kimia termasuk kesan biologikal terhadap alam sekeliling yang meliputi pencemaran air , udara , bunyi , tanah serta laut dan untuk masalah ini , pelbagai punca telah dapat dikenal pasti yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.


 Antara  punca  yang  telah  dapat  dikenal  pasti  yang  membawa  kepada  masalah   pencemaran  alam  sekitar  ini  ialah  masalah  sikap  individu  dan  organisasi  yang  tidak bertanggungjawab .  Hal  ini  jelas  kerana  tiada  kesedaran  sivik  dalam  diri  mereka  untuk menjaga  alam  sekitar  kerana  bagi  sesetengah  individu,  mereka  akan  sewenang-wenangnya membuang  sampah  merata-rata  tanpa  menghiraukan  keadaan  persekitaran  dan  mungkin mereka  merasakan  itu  adalah  perkara  remeh  apabila  mencampakkan  secebis  tisu  atau  sisa makanan  di  tepi  jalan.  Walhal,  jika  direnungkan  andai  ada  seratus  orang  pengguna  yang bersikap  sedemikian  sudah  semestinya  jalan  raya  akan  menjadi  kotor  dan  dipenuhi  dengan sampah-sarap.  Manakala  untuk  organisasi  seperti  kilang  yang  menjalankan  operasi pengeluaran  yang  melibatkan  sisa  toksik  dalam  penghasilan  keluaran  mereka,  pada  kebiasaannya  kilang  itu  akan  mengambil  langkah  mudah  apabila  membuang  sisa  toksik tersebut  terus  ke  dalam  laut  dan  sungai  jika  kilang  itu  didirikan  berdekatan  dengan kawasan  tersebut.  Ini  akan  mengakibatkan  pencemaran  air  dan  kilang  yang  melepaskan asap  tanpa  pemasangan  alat  penapis  udara  akan  menyebabkan  terjadinya  pencemaran udara.  Hal  ini  berikutan  sikap  individu  dan  pemilik  kilang  yang  tidak  bertanggungjawab dan  peka  pada  persekitaran  sekeliling  hasil  dari  pencemaran  alam  sekitar  yang  mereka cipta  sendiri.

            Selain  itu,  antara  punca  lain  ialah  pembangunan  secara  tidak  sistematik.  Apabila pihak  kerajaan  atau  pihak  swasta  merancang  untuk  membangunkan  sesuatu  kawasan, mereka  seharusnya  memikirkan  secara  terperinci  kesan-kesan  negatif  yang  akan  timbul terutama  yang  melibatkan  alam  sekitar  dan  bukan  tertumpu  kepada  kebaikan  dan keuntungan  pembangunan  semata-mata  kerana  akibat  dari  pembangunan  yang  akan dijalankan  boleh  menyebabkan  berlakunya  pencemaran  air,  udara,  tanah  dan  bunyi  yang akan  dihasilkan.  Mungkin  disebabkan  penggunaan  jentera  yang  terlalu  banyak  akan menghasilkan  pencemaran  bunyi  dan  pencemaran  udara  jika  jentera-jentera  berteknologi tinggi  tersebut  mengeluarkan  asap  yang  berlebihan.  Akibat  daripada  projek-projek pembangunan  itu,  ia  juga  boleh  terjadinya  pencemaran  air  terutama  pada  waktu  hujan  jika tanah  lapang  yang  telah  dibersihkan  untuk  projek  pembangunan  itu  iaitu  tanah  merah mengalir  terus  ke  dalam  sungai  atau  laut  yang  berdekatan . Hal  ini  boleh  menjejaskan tahap  kebersihan  kualiti  air  dan  boleh  mengancam  kehidupan  ekosistem  dalam  air  yang seterusnya  membawa  kepada  pencemaran  alam  sekitar. 

Di  samping  itu,  penggunaan  kenderaan  bermotor  seperti  kereta,  motosikal,  lori  dan kapal  terbang  juga  merupakan  salah  satu  dari  penyumbang  kepada  berlakunya  pencemaran alam  sekitar  seperti  pencemaran  udara  dan  pencemaran  bunyi.  Hal  ini  kerana  setiap  kenderaan akan  melepaskan  asap  kenderaan  yang  mengandungi  gas  yang  berbahaya.  Hal  ini  jika peningkatan  taraf  hidup  masyarakat  terus  meningkat  pada  zaman  sekarang  maka  tahap pencemaran  juga  akan  turut  meningkat  berikutan  semakin  bertambah  jumlah  penggunaan bilangan  pengguna  jalan  raya  yang  selesa  menggunakan  kenderaan  mereka  sendiri  untuk bergerak  ke  destinasi  yang  ingin  dituju  berbanding  beramai-ramai  menggunakan  kenderaan  awam  yang  semestinya  dapat  mengurangkan  bilangan  kenderaan  di  jalan  raya. Hal  ini  akan  menyebabkan  pencemaran  udara  dan  seterusnya  menjejaskan  sistem  pernafasan  dan  daya  penglihatan  manusia  serta  pencemaran  bunyi  yang  terhasil  oleh  kapal  terbang  yang  berlepas  atau  mendarat  terutama  dikawasan  perumahan  yang berhampiran  dengan  lapangan  terbang   boleh  menjejaskan  daya pendengaran  manusia.  Hal  ini  jelas  menerangkan  bahawa  penggunaan  kenderaan  bermotor  juga  menjadi  salah  satu  punca  berlakunya  pencemaran  alam  sekitar. 

            Antara  punca  lain  penyebab  berlakunya  pencemaran  alam  sekitar  ialah  pembakaran  secara  terbuka .  Hal  ini  jelas  dapat  dilihat  berikutan  pembakaran  pokok-pokok  tua  di  kawasan  ladang  dan  hutan  untuk  tujuan  penanaman  semula.  Jika  dilihat  dari  satu  sudut,  penanaman semula  sememangnya  sangat  baik  tetapi  akibat  daripada  pembakaran  secara  terbuka  yang  dilakukan  oleh  sesetengah  pihak  sebenarnya  boleh  menyebabkan  berlakunya  pencemaran  udara.  Di  samping  turut  memusnahkan  kehidupan  flora  dan  fauna  disekitarnya.  Disebabkan  pembakaran  secara  terbuka  ini  jugalah  suhu  bumi  menjadi  semakin  meningkat  dan  keadaan  cuaca  di  bumi  semakin  panas.  Inilah  sebenarnya  akibat  daripada  pembakaran  secara  terbuka  yang  dijalankan  yang  akhirnya  membawa  kepada  pencemaran  alam  sekitar  serta  sekali  gus   turut  menjejaskan  kehidupan  dan  kesihatan  manusia.

            Tambahan  pula,  kurangnya  peranan  yang  dimainkan  oleh  pihak  kerajaan  juga  menjadi  salah  satu  punca  terus  berlakunya  pencemaran  alam  sekitar  pada  masa  ini.  Pihak  kerajaan  seharusnya  membuka  mata  dan  lebih  peka  terhadap  pembangunan  yang  dijalankan  oleh  semua  pihak  dengan  mengambil  kira  masalah  pencemaran  yang  bakal  terjadi  dari  setiap  projek  pembangunan  tersebut  dan  bukan  hanya  melihat  kepada  peningkatan  taraf  hidup  masyarakat  sahaja.  Perkara  ini  sangat  penting  untuk  membantu  mengurangkan  pencemaran  udara,  air,  tanah  dan  bunyi,   hasil  daripada  pembangunan  pesat  yang  giat  dijalankan  dan  tingkah  laku  sesetengah  organisasi  dan  masyarakat  yang  kurang  kesedaran  sivik.  Oleh  disebabkan  kerajaan  kurang  memainkan  peranan  dalam  menilai  aspek-aspek  inilah  yang  menyebabkan  masalah  pencemaran  berada  ditahap  yang  semakin  membimbangkan  pada  masa  kini.

KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Pencemaran alam sekitar telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia pada masa kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran alam sekitar ialah terhadap udara, suhu persekitaran dan lain-lain. Pencemaran pada hari ini semakin berterusan dari semasa ke semasa. Sememangnya pencemaran alam sekitar memberi kesan buruk.

Pencemaran udara memberi kesan yang sangat buruk terhadap tumbuh-tumbuhan di dunia ini. Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan. Barli, kapas, gandum dan epal adalah antara tumbuhan yang mudah mengalami kerosakan dengan bahan cemar sulfur dioksida. Selain itu, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk di bumi juga terganggu.
Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh. Haiwan – haiwan akan kehilangan habitat kerana bahan tercemar telah memusnahkan tempat tinggal mereka .Maka,haiwan -  haiwan terbunuh dan spesis-spesis yang istimewa juga akan menghadapi kepupusan. Bahan-bahan tercemar seperti sulfur dioksida yang terlepas ke udara oleh kenderaan akan menyebabkan penghadaman makanan haiwan terjejas. Hal ini menyebabkan haiwan-haiwan kehilangan nyawa kerana bahan – bahan toksid di udara ini telah diserap ke dalam tubuh badan haiwan tersebut. Sebagai contohnya, gajah,harimau,kuda-kuda,singa dan sebagainya.
Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari. Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.
Seterusnya, pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya Hujan asid yang disebabkan oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan. Hal ini berlaku apabila gas-gas sulfur oksida (SO2) dan oksida-oksida nitrogen (NOx) dilepaskan ke udara dan bertindakbalas dengan wap air yang terdapat di atmosfera dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini terkumpul di dalam awan dan awan pula bergerak ke tempat- tempat lain dan membawa asid-asid tersebut. Asid itu akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia.Hal ini membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air.Hal ini juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur.
 Selain itu,kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global ini yang dapat dirasakan oleh seluruh penduduk bumi. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat , persekitaranya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga adalah faktor utama kejadian pemanasan global ini. Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.Sebagai contohnya,kegiatan tsunami yang berlaku di Indonesia telah banyak mengorbankan nyawa manusia dan harta benda. Kebakaran hutan yang berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi ini dan juga menjejaskan kualiti udara.
Pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini termasuklah menggangu persekitaran dengan keadaan bunyi yang bising sehingga tahap yang melampau. Pencemaran bunyi akan menyebabkan keadaan persekitaran sangat bising dan menjadikan kehidupan manusia serta kehidupan lain terganggu. Haiwan juga berasa takut dan ingin berhijrah ke habitat baru yang lebih senyap dan nyaman. Hal ini akan menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem.
 Pencemaran bunyi menyebabkan kerosakan pada telinga manusia secara serta-merta dan juga secara kronik. Sekiranya telinga menerima bunyi yang kuat iaitu lebih daripada 120 dB, selaput tympanum di dalam telinga akan pecah serta kerosakan tulang kecil pada telinga dan ini menyebabkan kehilangan pendengaran kekal. Pendedahan berpanjangan kepada bunyi kuat iaitu lebih 85 dB dalam masa 8 jam sehari, ia akan merosakkan koklia dan menyebabkan pendengran menjadi tidak berkualiti dan kemungkinan juga akan menjadi pekak secara perlahan-lahan

LANGKAH LANGKAH MENGATASI MASALAH PENCEMARAN 


Langkah-langkah yang boleh diambil adalah melalui pendedahan media massa. Media massa ini termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit, komputer dan surat khabar. Pada hari ini, media massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Media massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang isu-isu pencemaran alam sekitar, terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana televisyen adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga atau individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini sedemikian kerana setiap manusia atau individu perlu mengetahui tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam sekitar. Surat khabar dan majalah pula adalah media yang banyak mendedahkan tentang isu pencemaran alam sekitar. Pihak-pihak berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu pencemaran ini dengan lebih luas di jaringan-jaringan internet kerana masyarakat kini lebih banyak menggunakan media tersebut berbanding media-media lain.

Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam sekitar . Antara kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya.Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar seperti menguruskan  sisa pembuangan supaya kurang memberi pencemaran kepada alam sekitar. Kempen kitar semula pula dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Dengan itu, masyarakat akan dapat berjimat-cermat dan dapat megurangkan pencemaran alam sekitar. Dalam kempen alam sekitar ini juga, aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokok-pokok bunga dan membersihkan kawasan-kawasan yang kotor boleh dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat mencantikkan alam sekitar tetapi dapat mengembalikan semula kehijauan sesuatu tempat serta dapat membuktikan betapa pentingnya hidupan hijau di bumi ini.

Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar pula ialah melalui organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan juga syarikat-syarikat tertentu. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah dalam pelajaran Alam dan Manusia. Pada peringkat menengah khususnya dalam pelajaran sains seperti Biologi dan di peringkat pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Guru-guru sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar dan bersifat cintakan alam sekitar. Hal ini penting supaya setiap guru dapat menanamkan perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan moral di sekolah. Pertandingan kelas terbersih di  antara kelas juga perlu dijalankan agar perasaan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri pelajar dapat disemai. Di peringkat tinggi, pelajar didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar dan cara alam sekitar berinteraksi dan hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan itu, sikap sayangkan alam sekitar akan dapat dipupuk dalam diri pelajar           .

Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden . Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan lebih cepat dan efektif. Dengan adanya teknologi moden, tumpahan minyak di lautan adalah lebih mudah dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan minyak. Selain itu, dengan menggunakan teknologi moden kita dapat menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahan plastik. Hal ini sudah tentu  akan dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Penggunaan teknologi moden seperti penapis udara yang dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian telah dapat mengurangkan kadar gas karbon monoksida yang dilepaskan. Hal ini akan dapat mengurangkan kadar pencemaran udara di sekeliling.

CABARAN MENANGANI ALAM SEKITAR DI MALAYSIA 

Sungguhpun kesedaran rakyat tentang kepentingan alam sekitar telah meningkat, tetapi kesedaran ini masih belum mencapai peringkat yang realistik. Berdasarkan keadaan ini terdapat golongan yang tidak bertanggungjawab terus melakukan kegiatan yang mencemarkan alam sekitar dan melanggar peraturan alam sekitar. Masih ramai pemandu kenderaan motor menggunakan yang mengeluar asap yang kenderaan melebihi paras yang dibenarkan iaitu tak lebih 50 UAH seperti yang ditetapkan di bawah kaedah-kaedah Kereta Motor ( kawalan Pelepasan Asap dan Gas) 1977. Majoriti rakyat Malaysia masih tidak mempunyai kesedaran yang menyeluruh tentang pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Pelbagai pihak hanya melenting dan mengutarakan pendapat mereka apabila suatu isu alam sekitar itu menjadi sensasi atau mendapat liputan meluas media massa. Namun tiada tindakan susulan yang berkesan diambil untuk menyelesaikannya. Rakyat perlu sedar bahawa mereka bertanggungjawab dalam pemeliharan alam sekitar dan tidak mengharapkan kerajaan semata-mata. Tindakan dalam memelihara perlu dilakukan dan bukannya hanya mengambil mudah isu-isu alam sekitar atau hanya pandai bercakap tanpa apa-apa tindakan. Cadangan dan pelan tanpa apa-apa tindakan berkesan umpama mencurahkan air ke atas daun keladi.



KOS PENGURUSAN
Dalam Rancangan Malaysia Ketiga ( 1976-1980) , JAS telah mendapat peruntukan perbelanjaan pembangunan awam yang berjumlah RM 40 juta.Jumlahnya telah merosot kepada RM 36 juta dalam Rancangan Malaysia Keempat, walaupun keperluan penjagaan alam sekitar semakin mendesak.Bagi buangan kotoran kumbahan domestik, JAS telah menetapkan buangan sebanyak 50 mg/1 BOD ke sungai yang tidak digunakan bagi pembekalan air dan 20 mg/1 bagi sungai yang digunakan bagi sumber pembekalan air. Kajian menunjukkan bahawa untuk mencapai matlamat antara 2-20 mg/1 ia memerlukan perbelanjaan pelaburan sebanyak RM 2.71 billion. Jumlah ini terlalu besar dan tentunya menyukarkan pihak kerajaan membuat keputusan segera ke atasnya. Menurut data terkini kerajaan memperuntukkan RM194 juta untuk hal-hal berkaitan alam sekitar dalam belanjawan 2005. Jumlah ini cukup besar berbandingkan dengan 15-20 tahun lalu tetapi persoalan yang timbul ialah adakah jumlah ini mencukupi? Jumlah ini menunjukkan kesungguhan pihak kerajaan dalam pembangunan alam sekitar negara. Namun demikian, jika pencemaran terus meningkat tanpa pengawalan, jumlah ini sudah tentunya tidak mencukupi untuk menanggung semua gaji pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam hal-hal alam sekitar, pembersihan semula kawasan pencemaran, program pemeliharaan dan pemuliharaan dan sebagainya.
KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA
Pendidkan dari peringkat awal memainkan peranan penting untuk menanamkan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar kepada masyarakat. Namun demikian, nilai-nilai ini jarang dapat dilihat dalam masyarakat kini dan pencemaran dan kemusnahan alam sekitar semakin meningkat. Keadaan ini membuktikan kecacatan dalam sistem pendidikan negara yang gagal menanamkan sifat-sifat sivik dan terpuji serta tentang hal-hal alam sekitar kepada masyarakat dan golongan pelajar. Di sekolah Rendah dan Menengah, pendidikan alam sekitar tidak diajar sebagai mata pelajaran yang berasingan dan dimuatkan dalam mata pelajaran lain seperti sains dan Kajian tempatan. Namun untuk keperluan peperiksaan, sering kali matapelajaran seperti Kajian Tempatan digunakan untuk mengajar subjek lain. Oleh itu, pendidkan alam sekitar diabaikan untuk memenuhi keperluan alam sekitar dengan menggunakan masa itu untuk pelajaran lain. Pada peringkat institusi pengajian tinggi pula hanya pelajar yang mengambil ijazah atau subjek berkaitan dengan alam sekitar sahaja mengetahui tentang isu-isu dan cara untuk menguruskan alam sekitar. Manakala pelajar lain hanya berpandangan seperti masyarakat biasa iaitu alam sekitar hanya berkait dengan kebersihan, flora dan fauna dan persekitaran tanpa mengetahui kepentingan pengurusan alam sekitar yang betul.
KELEMAHAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG
Kekurangan pegawai penguatkuasa yang mencukupi dan kesusahan dalam menyediakan laporan yang lengkap sebelum sesuatu tindakan dapat diambil adalah kelemahan dalam penguatkuasaan undang-undang alam sekitar.Keadaan ini menyebabkan kepercayaan orang ramai terhadap agensi penguatkuasaan semakin menurun. Masalah lain ialah pemantauan sering dilakukan dalam waktu bekerja banyak pencemaran dilakukan pada waktu malam seperti pelepasan asap kilang dan sisa buangan ke dalam sungai. Di peringkat Kerajaan Tempatan dan Pejabat Daerah keadaannya lebih serius kerana bilangan anggota yang terhad, kebanyakkan daripada mereka tidak dilatih berkenaan cara menguatkuasakan undang-undang alam sekitar. Malah ada di antara mereka yang tidak mengetahui pun adanya peruntukkan tentang penguatkuasaan undang-undang alam sekitar di bawah bidang kuasa mereka. Di Pejabat Daerah Hulu Langat, tiada seorang pun pegawai yang dilatih dalam hal-hal penguatkuasaan alam sekitar dan mereka juga tidak tahu adanya peruntukkan berkenaan hal berkenaan di bawah bidang kuasa mereka.

KESIMPULANNYA 
Kesimpulannya, pemeliharaan muka bumi perlu dijalankan bagi menjamin bekalan sumber makanan, sumber kesihatan untuk  menghasilkan ubat-ubatan, Ia turut berperanan sebagai sumber kecantikan, keindahan dan kedamaian di samping udara yang bersih. Justeru, semua lapisan masyarakat haruslah bekerjasama dan saling membantu dalam memelihara alam sekitar supaya  kebersihan alam sekitar dapat ditingkatkan dalam kehidupan kita.Selain itu , kita mesti sedar akan kepentingan memelihara alam semulajadi yang masih ada pada hari ini. Usaha-usaha memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar terus dilakukanoleh pelbagai pihak di negara ini seperti kempen kebersihan, perkhemahan alam sekitar bagi belia, seminar, bengkel, pameran, promo media dan penerbitan bahan-bahan cetak. Semuanya adalah bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang ramai bagi memelihara alam sekitar. Pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama. Setiap generasi perlu turut serta supaya pembangunan lestari dikekalkan supaya dapat dinikmati sehingga generasi akan datang.

Blog ini diwujudkan untuk memenuhi tugasan mata pelajaran Pengajian Malaysia (DUB 1012) sebagaimana yang telah ditugaskan..

Disediakan Oleh:

Nur Athira Husna
19DPM14F2078
Nur Liyana Izyan
19DPM14F2024
Nur Nadiah
19DPM14F2006
Najihah
19DPM14F2116

3 comments:

  1. Kami mempunyai penyelesaian untuk mengurangkan pencemaran udara yang berkait secara langsung dengan penggunaan diesel seperti lori, bus dan jentera berat. Produk kami iaitu emulsi diesel dengan air adalah produk diesel ditambah nilai seperti yang dihasilkan oleh syarikat minyak ternama Aquadiesel (Shell) dan Aspira (BP).

    MN Fuel Solutions Sdn Bhd mempunyai paten dalam menghasilkan Kleen Diesel yang lebih berkualiti ini.

    Antara kelebihan Kleen Diesel:
    1. Murah dari harga pasaran
    2. Memberi lebih KM dengan pembakaran diesel lebih lengkap
    3. Kurang opasiti asap dan pelepasan karbon, Nox
    4. Pengecaman mudah untuk mengekang penyelewengan diesel
    5. Mematuhi European Standard CEN CWA 15145: 2004

    Sesuai untuk
    1. Lori/Trailer/Jentera
    2. Generator Diesel
    3. Industri perkapalan

    Terma
    1. MOQ 1000 liter
    2. Percuma penghantaran untuk 11000 liter ke atas di sekitar Lembah Klang
    3. Cash Before Delivery (CBD)
    Kapasiti Pengeluaran Kami: 50,000 liter sehari

    TAWARAN TERHAD: Percuma sampel 50 liter Kleen Diesel apabila anda melawat fasiliti kami (Selagi stok masih ada)

    Sila hubungi kami untuk temujanji mahupun pembelian di
    MN Fuel Solutions Sdn Bhd
    +603-7885 8663
    Kompleks Kilang SME, Sunway Damansara

    Bakal pelanggan asli dan ejen juga dialu-alukan.

    ReplyDelete
  2. Ebobet merupakan situs slot online via deposit pulsa aman dan terpercaya, Dengan menggunakan Satu User ID bisa bermain semua game dari Bola, Live Casino, Slot online, tembak ikan, poker, domino dan masih banyak yang lain.

    Sangat banyak bonus yang tersedia di ebobet di antaranya :
    Bonus yang tersedia saat ini
    Bonus new member Sportbook 100%
    Bonus new member Slot 100%
    Bonus new member Slot 50%
    Bonus new member ALL Game 20%
    Bonus Setiap hari 10%
    Bonus Setiap kali 3%
    Bonus mingguan Cashback 5%-10%
    Bonus Mingguan Rollingan Live Casino 1%
    Bonus bulanan sampai Ratusan Juta
    Bonus Referral
    Minimal deposit hanya 10ribu

    EBOBET juga menyediakan berbagai layanan transaksi deposit dan withdraw Bank Lokal terlengkap Indonesia seperti Bank BCA - Bank BNI46 - Bank BRI - Bank Mandiri - Bank Danamon - Bank Cimb Niaga, OVO, Deposit via Ovo. Deposit via Dana, Deposit via Go Pay, Telkomsel dan XL.

    Situs :EBOBET
    WA : +855967598801

    ReplyDelete
  3. Borgata Hotel Casino & Spa - JT Hub
    Guests will enjoy all of the amenities including a live casino with the Borgata 정읍 출장샵 Room. Additionally, 강릉 출장샵 guests will 영천 출장샵 enjoy a swim in the 논산 출장마사지 pool. 경상남도 출장안마 Borgata Hotel

    ReplyDelete